Saturday, 4 November 2017

Tya Aysya : Ceritaku Di Kem Asas RELA Siri 5/ 2017

ASSALAMUALAIKUM..


         Bertemu kembali setelah sekian lama Sya tidak meng-update blog.
Fuhh sekarang ini dah masuk bulan April. Means dah pertengahan April dah pun. Sekejap nya lah tahun 2017 ni berjalan. Terimbau semula masa Januari lalu di mana setiap orang meraikan tahun baharu dan memasang azam baharu di mana setiap orang mahukan perubahan atau penambahan sesuatu perkara dalam diri mereka.
Akan tetapi, di bulan April ini, sedang berjalankah azam anda itu? *muka senyum lebor*

Di sini Sya bukanlah nak cerita pasal azam, just nak remind you all yang sememangnya tengah pasang niat nak berazam tu pada tahun ini.

         Yelah kan, sekarang dah nak masuk pertengahan tahun. Dan Sya dah melepasi 3 semester dan bermakna lagi Sya berbaki 5 semester lagi nak habis belajar. Huhuhuuu~~ lamanya nak habis weyhhhh… doakan Sya berjaya habiskan belajar ini tanpa sebarang kesulitan yee.

        Bila cerita Sya belajar ini, Sya sekarang ini tengah cuti sem. Cuti di semester yang ketiga. Student2 tempat Sya belajar ni paling lama cuti pun hanya sebulan sahaja. Tidak seperti di UITM di mana kalau student UITM cuti sem memang paling heaven lahhh. Paling lama yang Sya tahu dalam 5-6 bulan student UITM ni cuti setiap sem. Betul kot. Kalau tersilap tegur Sya yee.. Dalam tempoh cuti sem yang begitu lama itu bolehlah cari duit poket sikit ennn..
Tapi malangnya, Sya bukan student UITM. * buat muka sedih.huk hukkk *

CUTI SEMESTER KALI INI AMAT SINGKAT

1. Tidak puas hati cuti semester yang diberikan tidak mencukupi?
2. Mahu bersuara kepada pihak atasan atas sebab cuti semester yang diberikan terlalu singkat?
3. Tidak sempat mencari duit poket antara faktor bilangan hari cuti semester.

     Ha, dekat atas inilah tajuk dan point nya yang Sya nak bahaskan kali ini. Tapi setiap point yang ada dekat atas itu bukanlah perkara yang Sya nak mengadu dan merasakan ketidakpuasan hati. Sya okey je if pihak kolej or IPT nak berikan berapa hari nak cuti sem ini. Sya bukannya jenis orang yang bila dapat tahu cuti sem ini gini gini gini…and then kau mulalah nak “apa? Sekejapnya cuti sem.” “kolej nih tak patut betullah” “hish tak sempat aku nak set date yang sesuai nak hangout ngan member lama nih. Diorang pun cuti sem tak sama dengan aku.”

   No no no.. bagi Sya apa yang pihak IPT tetapkan itu untuk kebaikan kita semuaa.. dia bagi kita cuti sekejap ke lama ke kita terima jelah. Kata nak cepat habis belajar!!! Ha, amek kau. Dah, takyah nak bebel-bebel lagi. Moh kita baca diary Sya sepanjang cuti sem dia nihh. *alorhh dia ni pon nak jugak diary? Huhhh..layan jelaa*

DIARY SYA
Sudah baca ke keratan di atas? Atas itu just intro sahaja. Yess.. diary Sya ini ada related dengan cuti semester. Biasanya kalau di long sem, kami diberi antara 2-3 minggu sahaja untuk cuti semester. Kali ini pada semester yang ketiga ini kami cuti hanya 2 minggu sahaja. Remind again. 2 minggu okeyh.
Aktiviti Sya cuti sem ini adalah:-
Minggu pertama: join kawad kaki selama 6 hari
Minggu kedua   : duduk rumah diam-diam and putihkan balik muka yang
                             hitam itu sebab next week dah masuk sem baru.

*ouhh that’s why lah kau tak berapa puas hati ehhh..nak bangkitkan isu cuti sem nihh? Tulahh dah tahu kenapa nak jugak masuk kem tu?*

       Haishhh..yelah. bukan Sya tak puas hati pasal cuti tapi tak tahu pula muka dah jadi burn gila lepas masuk kem itu. Ingatkan burn yang biasa je and boleh hilang dalam masa 3-4 hari cenggitu. Bila dirujuk pada pakar perawatan, *ceh pakar perawatan lah sangat padahal kau tanya member2 kau yang satu kem tu and tanya kat family. Acah je jumpa pakar *   kalau nak hilang burn yang sebetulnya kena ambil masa sebulan tahu tak?
       Sebulan wehh..and you feel annoying. Kau cuti seminggu je if nak betul2 hilangkan burn di muka ini. Alorrrhhh.. nak ke tak nak kena jugak lah pakai mask dekat kolej nanti.mesti malu dowhhh..okey saya downn…
Tu je Sya nak luahkan dekat korang..hukhukhukkkkk…


1 April – 6 April 2017

Actually Sya join kem asas RELA yang dianjurkan oleh dari kolej Sya. Di bawah adalah detailnya:
·        Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) di Sungai Udang, Melaka.
·        Siri 5/ 2017  
·        Batch dari Wilayah Persekutuan
·        Geng-geng Relawati and dari platun 4.
·        Peserta seramai 186 orang.

kenapa kau join kem ? bukan kem kawad dengan kau bagaikan musuh ke?time sekolah menengah dulu bila ada kawad kaki kau lari.”

“kau kan manja, kuat nangis, badan sado tapi hati tak kental. Tak takut ke kalau kau kena herdik dengan diorang dekat sana?”

“macam tak caya kau nak masuk kem. Inikah aysya yang aku kenal?”
                                                                                

                                   
        Itu antara persepsi orang terhadap aku lagi-lagi my brother yang asyik buat muka bila tahu hakak dia nih nak join kem. Ingat dia seorang je ke yang bisa masuk camping ini? Tahulah dia aktif radioaktif dengan camping ini and banyak kali jadi wakil daerah. Hehehee relakslahh dengan hakak sendiri kau nak jealous kee?
                                            
                                

Berbalik pada cerita asal, aku ingat kalau masuk kem RELA ni macam kem2 lain. Ada panjat tembok, berenang dalam lumpur, flying fox. (Ehhh flying fox ada ke dalam kem lain? Kalau ada share kat Sya sat) maksud aku jenis kem yang macam PLKN tu dimana setiap ahli kenalah aktif dan lasak.

Rupanya sangkaan aku meleset.

    Di sana, no aktiviti sebegitu okayyy. Just aktiviti kawad kaki and menembak guna senapang patah. Patutlah tak berapa berat sangat aktivitinya sebab ini namanya kem latihan asas and yang join pon mostly warga-warga belia include auntie auntie and uncle. Memang terseksa lah kalau orang seperti mereka dipaksa untuk memanjat tembok and lari bawa beban. Kalau ada tu memanglah ada tapi aku tak sanggup tengok mereka dipaksa sebegitu. * ceh. Ke kau yang tak sanggup nak buat macam itu? *   = )
  
                               
                                    

              akak2 yang tak pkai baju seragam tu dh pernah join kem ni. so diorang nak kami try rasa apa itu kem. diorang ni pro tau bab kem ni. katanya best giler.
                                   

     Punyalah aku bawak baju banyak-banyak siap bawak baju kasual lagi haa amek kau. Bila sampai di sana kami diberikan baju and seluar untuk dipinjam sepanjang program di sana. Tapi adalah jugak pakai baju sendiri for hari malam and malam mudi.

                            
                             sesi pendaftaran. tak payah bayar pon just bagi ic je sbb nanti kau kena dera ke apa, kau tak boleh keluar daripada tempat ini. Hahahahahaaa. yang pakai spec tu pakcik Karim namanya. sure ahli2 yang join rela mesti kenal dgn dia. mesti tahu gila perangai dia bila trainer orang. 

      Jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai dekat sana okay je bagi aku. Okay? Okay yang macam mana itu? Well, as usual okay gila kegarangannya and always shouting time program. Adat dalam kem, mestilah trainer ada yang garang and strict kalau tidak itu bukannya nama kem wehhh. But alhamdulillah aku tak pernah kena marah kena maki kena perli itu. Sometimes aku takut juga kalaulah aku kena marah dengan trainer depan diorang, macam aku cakap dekat atas tuh, hati waa tak kental beb. Mahunya aku nak menangis nanti kang dah kecoh. Keadaan bukan nak menyelesaikan tapi merumitkan. Entah2 lagi kena hentam teruk dengan trainer. Hisy naya aku.

    Tapi itulah, aku kalau kena tegur pun time kawad yang part nak tabik hormat itu. Jari aku terlalu lembut and bengkok and then trainer tu betulkan and cakap “jari itu tak payah nak lembut sangat!!!” nak buat macam mana, dah jari waaa macam ini. Time ini even kena tegur pun rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baiklah kau tak kena gertak depan-depan. 

     Aktiviti yang tak boleh lupa bila guna real short gun. Time nak angkat itu punyalah berat MashaAllah. Tengok dalam filem macam biasa je orang itu angkat. Memang best wehh bila kau dapat tembak guna peluru hidup. Terasa umpphhhh bila kau dah lepaskan das tembakan. Kami hanya diberikan 5 peluru sahaja bermakna kami dapat tembak lima kali. Haaa gituu~~~


    My experience time nak tembak itu, firstly memang nervous. Dekat situ dia buat 12 line bermakna 12 orang akan shoot together and diiringi oleh trainer. And bila my turn pula, bila dah dapat pegang senapang dah lupa diri and nervous itu hilang sat. Paling bangang abadi bila aku tembak dekat sasaran rumah lain. Perghh banyak lah point aku hilang dowhh. Itupun trainer yang tegur ke mana peluru aku pergi. Rupanya pergi ke rumah orang!!! Nampak tak bila kau dah overexcited itu macam mana? Haishh kau ini…

       Bila dah lepas tembak, dia punya sakit dekat lengan itu memang terasa beb. Aku yang ‘sado’ ini pun boleh rasa sakit apatah lagi yang kurus-kurus and makcik pakcik itu. Effect lepas tembak itu after a day, dekat lengan yang kita pakai untuk menahan senapang itu akan ada lebam merah and ada jugak yang biru. Sebab kita baru first time try jadi macam itu. Kalau yang permanent join ini, itu sudah biasa bagi mereka.

      Part paling last ialah kawad kaki. Haa siapa yang tidak kental jangan masuk beb. Berpanas, berpeluh, berdiri tegak selama mana kau mampu itu sudah menjadi ‘best friend’ dalam kawad kaki ini. Kami berlatih hanya dalam 3 hari, raptai sekali dua and hari perasmian. Time perasmian sedang kami dalam padang kawad, kami dapat merasakan hujan and then panas mula membahang diri masing-masing. Sedang dato’ seri and tuan yang berhormat berucap, ada 2 orang yang pengsan. Nampak tak begitu kentalnya bila nak masuk kawad ini, kena sanggup berdiri tegak lamanya and membiarkan tubuh anda ditusuk oleh cahaya matahari yang begitu menyinar.

“makanan kat sana okay tak? Or kena beli sendiri?”

Cerita pasal makanan ini kan, memang tip top bagi Sya. Dekat sana, makanan free tauu.. dalam sehari itu dalam 6 kali kau disediakan makanan.

Berikut adalah jadual pemakanan:-
          i.          7:30 a.m : sarapan pagi (like bihun goreng)
        ii.         10:30 a.m : minum pagi ( kuih muih and air panas)
       iii.       12:50 p.m : makan tengahari ( makanan berlauk)
       iv.        16:00 p.m : minum petang ( kuih muih and air panas)
         v.         18:50 p.m : makan malam
       vi.        23:30 p.m : minum malam ( roti and air panas)
*tertakluk kepada perubahan masa.

       See, siap lagi buat jadual makan tauuu.. makanan semua disediakan. Bila dah selesai makan itu, pandai-pandailah basuh pinggan sendiri. Ini bertujuan untuk melatih seseorang itu menjadi lebih berdisiplin okay. Ada je kedai koperasi di sana tapi menurut pemerhatian Sya, diorang ini prefer beli maggi cup malam2.

“pandangan terhadap manusia-manusia se- batch dalam kem?”

          Apa yang Sya nak cakap di sini adalah semua orang yang satu batch dengan Sya ini okey je. First time bila masuk ke dalam asrama, Sya duduk katil sebelah minah ini. Tengok dia macam arrogant je. Kebetulan plug utama ada dekat tempat dia. Sya pulak memang bawak extension ( yang boleh guna sampai 3 atau 4 kabel itu) nak tegur dia memang takutnya alahaii. Dia duduk diam sendirian lepas itu layan telefon sekejap pastu pulak tidur. Sya dengan member2 Sya (yepp Sya pergi dengan member sekolej ) memang serba salah nak tegur dia nak masukkan extension Sya dekat plug itu.

      And lepas situation itu kita orang pun bertegur. Her name is Syamimi Husna. Sedap nama tuhh.. dia panggil Sya dengan panggilan montel . *awat manja sangat nama tuhh? Hahaaa*  kami pun berkenalan lah and berborak sampai semua orang dalam asrama itu dibuai mimpi.

*hai Syamimi! Kalau baca blog ini, jangan lupa montel tau. Ingat ye montel yang tidur sebelah katil dengan mimi*

     Pasal kaum lelaki pula, haa bab inilah Sya malas nak ambil tahu. Kaum lelaki yang baya-baya dengan Sya ini and mungkin most of them ada yang dah kerja atau still sambung belajar sibuk sahaja meng usha- usha perempuan. Menggatal sungguh. Ada juga antara mereka ada seorang ini mengganggu kawan satu kolej Sya. Hish kalau dekat sekolah juvana dah lama Sya tumbuk muka dia tak padan dengan botaknya *yess..lelaki yang nak join RELA ini wajib botak kepala okay. Nasib baiklah Sya tak terpikat langsung dengan dia orang. Sebab apa? Sebab Sya tak suka lelaki botak. Cehhh kauuu*  Perempuan pun sama sahaja. Kalau tidak melayan and setakat nak pergi kem macam gini pun nak tergedik sana tergedik sini bermekap lawa memang kau jadi perhatian di mata lelaki lahh.

    Tapi Sya tak salahkan semua lelaki and perempuan yang perangai macam itu. *ehh dahlahh. Janganlah marah Sya. Tak puas hati, pm jom*  Ada je yang baik contohnya pakcik-pakcik and uncle yang akan tolong and layan kami sebagai relawati dengan baik and all together bekerjasama menjayakan program ini dengan baik.

     And for your information, PU Taha pun join sekali RELA ini tahuu.. memang tak cam langsung muka beliau sebab kali ini beliau botak dan ber spec mata. Sepanjang program ini, beliaulah yang mengimamkan solat dan memberi sedikit tazkirah kepada muslimin dan muslimat.

   Rasanya sampai sini sahaja Sya story dekat you all.  Actually banyak sangat benda yang menarik di sana tapi itulah. Rasa macam nak buat video trip vacation di kem asas RELA ini. Hahahaaaa..Yeahhh perasaan time habis kem asas RELA ini memang sedih jugaklahh. Teringat bila time first day masuk cepat-cepat hati memberontak ingin mahu pulang. Tapi bila di last day, nak tinggalkan mereka yang kita baru kenal pun rasa macam sayang.



Inshaallah ada masa kita jumpa lagi .

    Sebelum berpisah, jom layan gambar2 kami di sana. Disebabkan Sya tidak melekat dengan phone sepanjang program, Sya repost balik gambar2 ini dari mereka di group whatsapp. 


                                                   aktiviti malam kebudayaan


                                                   sesi belajar roles and responsibilities ahli rela

tak ingat yg depan ni siapa nama. hahaha aku main masuk je

nampak tak tanda2 kulit nak rosak?

kami wakil dari iic bergambar sat dengan pakcik Karim. semua suka dengan pakcik ni walaupun perangai dia yang suka memaki mencarut orang

                                
                                                                                                Relawati..... 
                                                       gambar full ahli Rela dengan lelaki semua takde babe. sorry...




So, kita masuk kolej balik dengan muka hitam berbelang yeeee

P/s: ayah marah and tak bagi masuk kem lagi dah since muka dah macam Dayang Senandung and paling lambat nak putih balik. Paling best sepanjang 6 hari berat Sya turun 3 kg 

=')


No comments:

Post a Comment