Saturday, 11 February 2017

Tysha Saif : Pulang Ke Destinasi dan Thaipusam

Hello guys,

Sekarang ini dah masuk bulan Februari. Sekejapnya masa berlalu kan?
Kalau last bulan January hari itu ada sambutan Tahun Baru Cina, bulan February ini pula ada lagi sambutan iaitu Hari Thaipusam. Kalau dah namanya sambutan atau cuti peristiwa, mesti semua orang nak cuti. Betul tak? Hahaha . iya, pekerja mahupun pelajar mesti mahu cuti punyaaaaa.


Sebenarnya Sya nak cerita pasal Hari Thaipusam ini jee. Cerita bagaimana kami mahu pulang ke kampung halaman dari Batu Caves. Tak panjang pun cerita ini. Sekadar nak share je . Kalau tak nak baca, anda semua dipersilakan untuk undo page ini.😔

Alkisahnya begini, Sya dan dua orang kawan Sya ini dah decide dari awal lagi nak balik ke kampong halaman masing2 sempena Thaipusam ini. Hari Thaipusam pada hari Khamis bertarikh 9 February 2017.  Kami decide punyalah bagus dan plan dengan baik beserta simpan duit untuk tambang balik secukupnya.


Hari Rabu- 8 February 2017

Kelas kami biasanya akan habis pada pukul 3:30 petang. Train dari Batu Caves dijadualkan akan bertolak pada pukul 3:45 petang. So pada hari ini  kelas Sya diberi keluar awal. Keluar dalam pukul 2:40 macam itulah.  Kami dalam kelas dengan lecture hanya bincang pasal presentation sahaja. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kito. Kami ada masa lebih kurang sejam train nak bergerak. So bila kami terus sampai di rumah, ( kami duduk di rumah sewa Taman Koperasi Polis) kita orang bincang nak gerak ke sana time train akan bergerak pada pukul 3:00 atau 3:45 petang. (Lupa nak habaq sikit, jadual ktm gerak setiap 45 minit. Lebih kurang macam itulah. Tertakluk kepada perubahan masa.) Pulak dah. Nak balik pukul 3:00 kahh? Takpayahlah. Tengok jam dah pukul 2:47 petang. Teringat kata2 lecture dekat kelas tadi bahawa beliau dari perjalanan nak ke kolej jammed sampai 2 jam. Gara 2 persiapan Thaipusam. Maknanya kami kena jugak pergi awal walau apa pun yang terjadi. Sementara tunggu member sorang nih booking grab car, kita orang siap2 sikit packing barang. Nasib baik dah pack pagi2 buta lagi. Kalau baru nak pack lepaih habih kelas memang menangislah kauu.

Grab car sudah sampai!🚗

Sya and member2 naik grab car untuk ke ktm Batu Caves lahh. Tambang mengikut demand semasa. Kami naik kena bayar RM 5. Rasa sudah lega bila grab car senang dapat. Alhamdulillah Allah permudahkan lagi urusan kami. Dalam perjalanan, sampai sahaja susur keluar nak ke stesen ktm itu (kiranya nak ke seberang lah sebab stesen ktm lepas traffic light) perggh memang jammed gila. Gila tak gila memang sesak dan banyak anggota polis yang jaga jalan. Ditambah lagi bas 2 rapid kl yang dikhaskan untuk penumpang2 yang nak sambut Thaipusam itu. Tengok dekat depan itu laluan ditutup. Kalau korang semua tahu kami lalu kat Taman Perindustrian Batu Caves. So kiranya kena straight jela tapi kena susur ke kiri sedikit nak masuk laluan stesen ktm itu. Disebabkan situ laluan ditutup, kami terpaksa lalu highway nak pusing balik kena lalu belakang stesen ktm.


Jalan memang jammed and kena lalu dekat round board. Tengok waze grab car tu dalam 16 minit akan sampai. Pergh . Kami dahlah nak kena kejar masa. Satu lagi dok risau takut jumlah tambang di up kan. Jalan.. Jalan.. Jalann.. Dah sampai dekat stesen ktm Batu Caves. (Yang jalan belakang kami lalu sebab kami lalu jalan dari Selayang)  Nasib baik abang grab car mintak RM 5 sahaja. 


Selesai bayar tambang, turun dari kereta kami terus nak naik jejantas ktm. Tiba2 laluan kami disekat oleh polis yang jaga jalan kat situ.

Polis: “sini tak boleh lalu dekat atas nih. Kamu semua jalan depan sikit dekat sana pastu ada pagar masuk je kat sana.”

Dah sudah… kiranya semua urusan itu dekat sebelah dpan. Nak ke tak nak kenalah juga pusing ke sana jalan kaki dengan memasing bawak beg besar. Alahai. Kami di uji lagi. Jalan sana tutup,jalan sini tutup.aishhh..😼



kami lalu di sini nak menyeberang ke bahagian depan. uhuk uhukkkk


 Suasana dekat situ meriah gila dengan persiapan raya. Dengan banyak gerai and mereka memakai baju baru. Hm baru lah itu. Nampak berseri je muka mereka. Otw nak ke stesen member Sya cakap, “kalau tahu macam ini, baik kita turun je dekat ktm Kampung Batu.”  Hmm tulah pasalnya, memang tak tahu jadi begini.


abaikan manusia ini.😁



Alhamdulillah sempat beli tiket and dapat tempat duduk. Memasing rasa lega. Muka yang berbedak kini berpeluh. Rasa penat menggalas beg yang berat. Dapat jugak naik time pukul 3:45 ktm akan bergerak. If kami terlepas,  kami kena tunggu untuk seterusnya punya stesen di mana kami akan bergerak pukul 4:15 macam itulah.( for those yang faham, boleh klik di jadual ktm ) .Bayangkan kalau dah gerak lambat, dekat Kl Sentral lagilah sesak.nak tunggu stesen lagi . Dengan orang balik kerja lagi di waktu puncak. Sampai dekat destinasi dah pukul berapa dah. Masa itu emas yaaa..


nasib baik sempat naik.


Semasa menunggu train yang kami naik nak bergerak, kami tengok ragam manusia dekat dalam itu. Terlebih ramai orang india berpakaian warna warni. Kali ini passenger lagi ramai daripada biasa sampai tak dapat tempat duduk. See, dekat Batu Caves baru je nak mulakan perjalanan. Dah ramai. Kalau kita turun dekat Kampung Batu jangan haraplah nak ada tempat duduk. Betul tak? . Semua yang terjadi ada hikmahnya. Hikmahnya kita dapat tempat duduk. Kita dapat pengalaman untuk tengok persiapan raya, cabaran untuk ke stesen and banyak jugaklah halangan menimpa. Inilah pengalaman first kami nak sampai ke stesen and nak naik train dengan banyak dugaan. Finally kami pulang ke destinasi masing2.

P/s : kalau tak faham apa yg Sya cerita, its okay. benda paling penting korang kena tahu adalah kami balik naik ktm...hahahahaaa😂



Sekian.

2 comments:

  1. Assallamualaikum..
    Hi dear..berminat tak nak pakai korset pembentukan dan melangsingka badan terbaik. Jemput melawat blog saya marlbokhari.blogspot.com or whatsapp @0134263635.tq.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum..
    Hi dear..berminat tak nak pakai korset pembentukan dan melangsingka badan terbaik. Jemput melawat blog saya marlbokhari.blogspot.com or whatsapp @0134263635.tq.

    ReplyDelete