Saturday, 4 November 2017

Tya Aysya : Ceritaku Di Kem Asas RELA Siri 5/ 2017

ASSALAMUALAIKUM..


         Bertemu kembali setelah sekian lama Sya tidak meng-update blog.
Fuhh sekarang ini dah masuk bulan April. Means dah pertengahan April dah pun. Sekejap nya lah tahun 2017 ni berjalan. Terimbau semula masa Januari lalu di mana setiap orang meraikan tahun baharu dan memasang azam baharu di mana setiap orang mahukan perubahan atau penambahan sesuatu perkara dalam diri mereka.
Akan tetapi, di bulan April ini, sedang berjalankah azam anda itu? *muka senyum lebor*

Di sini Sya bukanlah nak cerita pasal azam, just nak remind you all yang sememangnya tengah pasang niat nak berazam tu pada tahun ini.

         Yelah kan, sekarang dah nak masuk pertengahan tahun. Dan Sya dah melepasi 3 semester dan bermakna lagi Sya berbaki 5 semester lagi nak habis belajar. Huhuhuuu~~ lamanya nak habis weyhhhh… doakan Sya berjaya habiskan belajar ini tanpa sebarang kesulitan yee.

        Bila cerita Sya belajar ini, Sya sekarang ini tengah cuti sem. Cuti di semester yang ketiga. Student2 tempat Sya belajar ni paling lama cuti pun hanya sebulan sahaja. Tidak seperti di UITM di mana kalau student UITM cuti sem memang paling heaven lahhh. Paling lama yang Sya tahu dalam 5-6 bulan student UITM ni cuti setiap sem. Betul kot. Kalau tersilap tegur Sya yee.. Dalam tempoh cuti sem yang begitu lama itu bolehlah cari duit poket sikit ennn..
Tapi malangnya, Sya bukan student UITM. * buat muka sedih.huk hukkk *

CUTI SEMESTER KALI INI AMAT SINGKAT

1. Tidak puas hati cuti semester yang diberikan tidak mencukupi?
2. Mahu bersuara kepada pihak atasan atas sebab cuti semester yang diberikan terlalu singkat?
3. Tidak sempat mencari duit poket antara faktor bilangan hari cuti semester.

     Ha, dekat atas inilah tajuk dan point nya yang Sya nak bahaskan kali ini. Tapi setiap point yang ada dekat atas itu bukanlah perkara yang Sya nak mengadu dan merasakan ketidakpuasan hati. Sya okey je if pihak kolej or IPT nak berikan berapa hari nak cuti sem ini. Sya bukannya jenis orang yang bila dapat tahu cuti sem ini gini gini gini…and then kau mulalah nak “apa? Sekejapnya cuti sem.” “kolej nih tak patut betullah” “hish tak sempat aku nak set date yang sesuai nak hangout ngan member lama nih. Diorang pun cuti sem tak sama dengan aku.”

   No no no.. bagi Sya apa yang pihak IPT tetapkan itu untuk kebaikan kita semuaa.. dia bagi kita cuti sekejap ke lama ke kita terima jelah. Kata nak cepat habis belajar!!! Ha, amek kau. Dah, takyah nak bebel-bebel lagi. Moh kita baca diary Sya sepanjang cuti sem dia nihh. *alorhh dia ni pon nak jugak diary? Huhhh..layan jelaa*

DIARY SYA
Sudah baca ke keratan di atas? Atas itu just intro sahaja. Yess.. diary Sya ini ada related dengan cuti semester. Biasanya kalau di long sem, kami diberi antara 2-3 minggu sahaja untuk cuti semester. Kali ini pada semester yang ketiga ini kami cuti hanya 2 minggu sahaja. Remind again. 2 minggu okeyh.
Aktiviti Sya cuti sem ini adalah:-
Minggu pertama: join kawad kaki selama 6 hari
Minggu kedua   : duduk rumah diam-diam and putihkan balik muka yang
                             hitam itu sebab next week dah masuk sem baru.

*ouhh that’s why lah kau tak berapa puas hati ehhh..nak bangkitkan isu cuti sem nihh? Tulahh dah tahu kenapa nak jugak masuk kem tu?*

       Haishhh..yelah. bukan Sya tak puas hati pasal cuti tapi tak tahu pula muka dah jadi burn gila lepas masuk kem itu. Ingatkan burn yang biasa je and boleh hilang dalam masa 3-4 hari cenggitu. Bila dirujuk pada pakar perawatan, *ceh pakar perawatan lah sangat padahal kau tanya member2 kau yang satu kem tu and tanya kat family. Acah je jumpa pakar *   kalau nak hilang burn yang sebetulnya kena ambil masa sebulan tahu tak?
       Sebulan wehh..and you feel annoying. Kau cuti seminggu je if nak betul2 hilangkan burn di muka ini. Alorrrhhh.. nak ke tak nak kena jugak lah pakai mask dekat kolej nanti.mesti malu dowhhh..okey saya downn…
Tu je Sya nak luahkan dekat korang..hukhukhukkkkk…


1 April – 6 April 2017

Actually Sya join kem asas RELA yang dianjurkan oleh dari kolej Sya. Di bawah adalah detailnya:
·        Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) di Sungai Udang, Melaka.
·        Siri 5/ 2017  
·        Batch dari Wilayah Persekutuan
·        Geng-geng Relawati and dari platun 4.
·        Peserta seramai 186 orang.

kenapa kau join kem ? bukan kem kawad dengan kau bagaikan musuh ke?time sekolah menengah dulu bila ada kawad kaki kau lari.”

“kau kan manja, kuat nangis, badan sado tapi hati tak kental. Tak takut ke kalau kau kena herdik dengan diorang dekat sana?”

“macam tak caya kau nak masuk kem. Inikah aysya yang aku kenal?”
                                                                                

                                   
        Itu antara persepsi orang terhadap aku lagi-lagi my brother yang asyik buat muka bila tahu hakak dia nih nak join kem. Ingat dia seorang je ke yang bisa masuk camping ini? Tahulah dia aktif radioaktif dengan camping ini and banyak kali jadi wakil daerah. Hehehee relakslahh dengan hakak sendiri kau nak jealous kee?
                                            
                                

Berbalik pada cerita asal, aku ingat kalau masuk kem RELA ni macam kem2 lain. Ada panjat tembok, berenang dalam lumpur, flying fox. (Ehhh flying fox ada ke dalam kem lain? Kalau ada share kat Sya sat) maksud aku jenis kem yang macam PLKN tu dimana setiap ahli kenalah aktif dan lasak.

Rupanya sangkaan aku meleset.

    Di sana, no aktiviti sebegitu okayyy. Just aktiviti kawad kaki and menembak guna senapang patah. Patutlah tak berapa berat sangat aktivitinya sebab ini namanya kem latihan asas and yang join pon mostly warga-warga belia include auntie auntie and uncle. Memang terseksa lah kalau orang seperti mereka dipaksa untuk memanjat tembok and lari bawa beban. Kalau ada tu memanglah ada tapi aku tak sanggup tengok mereka dipaksa sebegitu. * ceh. Ke kau yang tak sanggup nak buat macam itu? *   = )
  
                               
                                    

              akak2 yang tak pkai baju seragam tu dh pernah join kem ni. so diorang nak kami try rasa apa itu kem. diorang ni pro tau bab kem ni. katanya best giler.
                                   

     Punyalah aku bawak baju banyak-banyak siap bawak baju kasual lagi haa amek kau. Bila sampai di sana kami diberikan baju and seluar untuk dipinjam sepanjang program di sana. Tapi adalah jugak pakai baju sendiri for hari malam and malam mudi.

                            
                             sesi pendaftaran. tak payah bayar pon just bagi ic je sbb nanti kau kena dera ke apa, kau tak boleh keluar daripada tempat ini. Hahahahahaaa. yang pakai spec tu pakcik Karim namanya. sure ahli2 yang join rela mesti kenal dgn dia. mesti tahu gila perangai dia bila trainer orang. 

      Jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai dekat sana okay je bagi aku. Okay? Okay yang macam mana itu? Well, as usual okay gila kegarangannya and always shouting time program. Adat dalam kem, mestilah trainer ada yang garang and strict kalau tidak itu bukannya nama kem wehhh. But alhamdulillah aku tak pernah kena marah kena maki kena perli itu. Sometimes aku takut juga kalaulah aku kena marah dengan trainer depan diorang, macam aku cakap dekat atas tuh, hati waa tak kental beb. Mahunya aku nak menangis nanti kang dah kecoh. Keadaan bukan nak menyelesaikan tapi merumitkan. Entah2 lagi kena hentam teruk dengan trainer. Hisy naya aku.

    Tapi itulah, aku kalau kena tegur pun time kawad yang part nak tabik hormat itu. Jari aku terlalu lembut and bengkok and then trainer tu betulkan and cakap “jari itu tak payah nak lembut sangat!!!” nak buat macam mana, dah jari waaa macam ini. Time ini even kena tegur pun rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baiklah kau tak kena gertak depan-depan. 

     Aktiviti yang tak boleh lupa bila guna real short gun. Time nak angkat itu punyalah berat MashaAllah. Tengok dalam filem macam biasa je orang itu angkat. Memang best wehh bila kau dapat tembak guna peluru hidup. Terasa umpphhhh bila kau dah lepaskan das tembakan. Kami hanya diberikan 5 peluru sahaja bermakna kami dapat tembak lima kali. Haaa gituu~~~


    My experience time nak tembak itu, firstly memang nervous. Dekat situ dia buat 12 line bermakna 12 orang akan shoot together and diiringi oleh trainer. And bila my turn pula, bila dah dapat pegang senapang dah lupa diri and nervous itu hilang sat. Paling bangang abadi bila aku tembak dekat sasaran rumah lain. Perghh banyak lah point aku hilang dowhh. Itupun trainer yang tegur ke mana peluru aku pergi. Rupanya pergi ke rumah orang!!! Nampak tak bila kau dah overexcited itu macam mana? Haishh kau ini…

       Bila dah lepas tembak, dia punya sakit dekat lengan itu memang terasa beb. Aku yang ‘sado’ ini pun boleh rasa sakit apatah lagi yang kurus-kurus and makcik pakcik itu. Effect lepas tembak itu after a day, dekat lengan yang kita pakai untuk menahan senapang itu akan ada lebam merah and ada jugak yang biru. Sebab kita baru first time try jadi macam itu. Kalau yang permanent join ini, itu sudah biasa bagi mereka.

      Part paling last ialah kawad kaki. Haa siapa yang tidak kental jangan masuk beb. Berpanas, berpeluh, berdiri tegak selama mana kau mampu itu sudah menjadi ‘best friend’ dalam kawad kaki ini. Kami berlatih hanya dalam 3 hari, raptai sekali dua and hari perasmian. Time perasmian sedang kami dalam padang kawad, kami dapat merasakan hujan and then panas mula membahang diri masing-masing. Sedang dato’ seri and tuan yang berhormat berucap, ada 2 orang yang pengsan. Nampak tak begitu kentalnya bila nak masuk kawad ini, kena sanggup berdiri tegak lamanya and membiarkan tubuh anda ditusuk oleh cahaya matahari yang begitu menyinar.

“makanan kat sana okay tak? Or kena beli sendiri?”

Cerita pasal makanan ini kan, memang tip top bagi Sya. Dekat sana, makanan free tauu.. dalam sehari itu dalam 6 kali kau disediakan makanan.

Berikut adalah jadual pemakanan:-
          i.          7:30 a.m : sarapan pagi (like bihun goreng)
        ii.         10:30 a.m : minum pagi ( kuih muih and air panas)
       iii.       12:50 p.m : makan tengahari ( makanan berlauk)
       iv.        16:00 p.m : minum petang ( kuih muih and air panas)
         v.         18:50 p.m : makan malam
       vi.        23:30 p.m : minum malam ( roti and air panas)
*tertakluk kepada perubahan masa.

       See, siap lagi buat jadual makan tauuu.. makanan semua disediakan. Bila dah selesai makan itu, pandai-pandailah basuh pinggan sendiri. Ini bertujuan untuk melatih seseorang itu menjadi lebih berdisiplin okay. Ada je kedai koperasi di sana tapi menurut pemerhatian Sya, diorang ini prefer beli maggi cup malam2.

“pandangan terhadap manusia-manusia se- batch dalam kem?”

          Apa yang Sya nak cakap di sini adalah semua orang yang satu batch dengan Sya ini okey je. First time bila masuk ke dalam asrama, Sya duduk katil sebelah minah ini. Tengok dia macam arrogant je. Kebetulan plug utama ada dekat tempat dia. Sya pulak memang bawak extension ( yang boleh guna sampai 3 atau 4 kabel itu) nak tegur dia memang takutnya alahaii. Dia duduk diam sendirian lepas itu layan telefon sekejap pastu pulak tidur. Sya dengan member2 Sya (yepp Sya pergi dengan member sekolej ) memang serba salah nak tegur dia nak masukkan extension Sya dekat plug itu.

      And lepas situation itu kita orang pun bertegur. Her name is Syamimi Husna. Sedap nama tuhh.. dia panggil Sya dengan panggilan montel . *awat manja sangat nama tuhh? Hahaaa*  kami pun berkenalan lah and berborak sampai semua orang dalam asrama itu dibuai mimpi.

*hai Syamimi! Kalau baca blog ini, jangan lupa montel tau. Ingat ye montel yang tidur sebelah katil dengan mimi*

     Pasal kaum lelaki pula, haa bab inilah Sya malas nak ambil tahu. Kaum lelaki yang baya-baya dengan Sya ini and mungkin most of them ada yang dah kerja atau still sambung belajar sibuk sahaja meng usha- usha perempuan. Menggatal sungguh. Ada juga antara mereka ada seorang ini mengganggu kawan satu kolej Sya. Hish kalau dekat sekolah juvana dah lama Sya tumbuk muka dia tak padan dengan botaknya *yess..lelaki yang nak join RELA ini wajib botak kepala okay. Nasib baiklah Sya tak terpikat langsung dengan dia orang. Sebab apa? Sebab Sya tak suka lelaki botak. Cehhh kauuu*  Perempuan pun sama sahaja. Kalau tidak melayan and setakat nak pergi kem macam gini pun nak tergedik sana tergedik sini bermekap lawa memang kau jadi perhatian di mata lelaki lahh.

    Tapi Sya tak salahkan semua lelaki and perempuan yang perangai macam itu. *ehh dahlahh. Janganlah marah Sya. Tak puas hati, pm jom*  Ada je yang baik contohnya pakcik-pakcik and uncle yang akan tolong and layan kami sebagai relawati dengan baik and all together bekerjasama menjayakan program ini dengan baik.

     And for your information, PU Taha pun join sekali RELA ini tahuu.. memang tak cam langsung muka beliau sebab kali ini beliau botak dan ber spec mata. Sepanjang program ini, beliaulah yang mengimamkan solat dan memberi sedikit tazkirah kepada muslimin dan muslimat.

   Rasanya sampai sini sahaja Sya story dekat you all.  Actually banyak sangat benda yang menarik di sana tapi itulah. Rasa macam nak buat video trip vacation di kem asas RELA ini. Hahahaaaa..Yeahhh perasaan time habis kem asas RELA ini memang sedih jugaklahh. Teringat bila time first day masuk cepat-cepat hati memberontak ingin mahu pulang. Tapi bila di last day, nak tinggalkan mereka yang kita baru kenal pun rasa macam sayang.



Inshaallah ada masa kita jumpa lagi .

    Sebelum berpisah, jom layan gambar2 kami di sana. Disebabkan Sya tidak melekat dengan phone sepanjang program, Sya repost balik gambar2 ini dari mereka di group whatsapp. 


                                                   aktiviti malam kebudayaan


                                                   sesi belajar roles and responsibilities ahli rela

tak ingat yg depan ni siapa nama. hahaha aku main masuk je

nampak tak tanda2 kulit nak rosak?

kami wakil dari iic bergambar sat dengan pakcik Karim. semua suka dengan pakcik ni walaupun perangai dia yang suka memaki mencarut orang

                                
                                                                                                Relawati..... 
                                                       gambar full ahli Rela dengan lelaki semua takde babe. sorry...




So, kita masuk kolej balik dengan muka hitam berbelang yeeee

P/s: ayah marah and tak bagi masuk kem lagi dah since muka dah macam Dayang Senandung and paling lambat nak putih balik. Paling best sepanjang 6 hari berat Sya turun 3 kg 

=')


Saturday, 11 February 2017

Tysha Saif : Pulang Ke Destinasi dan Thaipusam

Hello guys,

Sekarang ini dah masuk bulan Februari. Sekejapnya masa berlalu kan?
Kalau last bulan January hari itu ada sambutan Tahun Baru Cina, bulan February ini pula ada lagi sambutan iaitu Hari Thaipusam. Kalau dah namanya sambutan atau cuti peristiwa, mesti semua orang nak cuti. Betul tak? Hahaha . iya, pekerja mahupun pelajar mesti mahu cuti punyaaaaa.


Sebenarnya Sya nak cerita pasal Hari Thaipusam ini jee. Cerita bagaimana kami mahu pulang ke kampung halaman dari Batu Caves. Tak panjang pun cerita ini. Sekadar nak share je . Kalau tak nak baca, anda semua dipersilakan untuk undo page ini.😔

Alkisahnya begini, Sya dan dua orang kawan Sya ini dah decide dari awal lagi nak balik ke kampong halaman masing2 sempena Thaipusam ini. Hari Thaipusam pada hari Khamis bertarikh 9 February 2017.  Kami decide punyalah bagus dan plan dengan baik beserta simpan duit untuk tambang balik secukupnya.


Hari Rabu- 8 February 2017

Kelas kami biasanya akan habis pada pukul 3:30 petang. Train dari Batu Caves dijadualkan akan bertolak pada pukul 3:45 petang. So pada hari ini  kelas Sya diberi keluar awal. Keluar dalam pukul 2:40 macam itulah.  Kami dalam kelas dengan lecture hanya bincang pasal presentation sahaja. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kito. Kami ada masa lebih kurang sejam train nak bergerak. So bila kami terus sampai di rumah, ( kami duduk di rumah sewa Taman Koperasi Polis) kita orang bincang nak gerak ke sana time train akan bergerak pada pukul 3:00 atau 3:45 petang. (Lupa nak habaq sikit, jadual ktm gerak setiap 45 minit. Lebih kurang macam itulah. Tertakluk kepada perubahan masa.) Pulak dah. Nak balik pukul 3:00 kahh? Takpayahlah. Tengok jam dah pukul 2:47 petang. Teringat kata2 lecture dekat kelas tadi bahawa beliau dari perjalanan nak ke kolej jammed sampai 2 jam. Gara 2 persiapan Thaipusam. Maknanya kami kena jugak pergi awal walau apa pun yang terjadi. Sementara tunggu member sorang nih booking grab car, kita orang siap2 sikit packing barang. Nasib baik dah pack pagi2 buta lagi. Kalau baru nak pack lepaih habih kelas memang menangislah kauu.

Grab car sudah sampai!🚗

Sya and member2 naik grab car untuk ke ktm Batu Caves lahh. Tambang mengikut demand semasa. Kami naik kena bayar RM 5. Rasa sudah lega bila grab car senang dapat. Alhamdulillah Allah permudahkan lagi urusan kami. Dalam perjalanan, sampai sahaja susur keluar nak ke stesen ktm itu (kiranya nak ke seberang lah sebab stesen ktm lepas traffic light) perggh memang jammed gila. Gila tak gila memang sesak dan banyak anggota polis yang jaga jalan. Ditambah lagi bas 2 rapid kl yang dikhaskan untuk penumpang2 yang nak sambut Thaipusam itu. Tengok dekat depan itu laluan ditutup. Kalau korang semua tahu kami lalu kat Taman Perindustrian Batu Caves. So kiranya kena straight jela tapi kena susur ke kiri sedikit nak masuk laluan stesen ktm itu. Disebabkan situ laluan ditutup, kami terpaksa lalu highway nak pusing balik kena lalu belakang stesen ktm.


Jalan memang jammed and kena lalu dekat round board. Tengok waze grab car tu dalam 16 minit akan sampai. Pergh . Kami dahlah nak kena kejar masa. Satu lagi dok risau takut jumlah tambang di up kan. Jalan.. Jalan.. Jalann.. Dah sampai dekat stesen ktm Batu Caves. (Yang jalan belakang kami lalu sebab kami lalu jalan dari Selayang)  Nasib baik abang grab car mintak RM 5 sahaja. 


Selesai bayar tambang, turun dari kereta kami terus nak naik jejantas ktm. Tiba2 laluan kami disekat oleh polis yang jaga jalan kat situ.

Polis: “sini tak boleh lalu dekat atas nih. Kamu semua jalan depan sikit dekat sana pastu ada pagar masuk je kat sana.”

Dah sudah… kiranya semua urusan itu dekat sebelah dpan. Nak ke tak nak kenalah juga pusing ke sana jalan kaki dengan memasing bawak beg besar. Alahai. Kami di uji lagi. Jalan sana tutup,jalan sini tutup.aishhh..😼



kami lalu di sini nak menyeberang ke bahagian depan. uhuk uhukkkk


 Suasana dekat situ meriah gila dengan persiapan raya. Dengan banyak gerai and mereka memakai baju baru. Hm baru lah itu. Nampak berseri je muka mereka. Otw nak ke stesen member Sya cakap, “kalau tahu macam ini, baik kita turun je dekat ktm Kampung Batu.”  Hmm tulah pasalnya, memang tak tahu jadi begini.


abaikan manusia ini.😁



Alhamdulillah sempat beli tiket and dapat tempat duduk. Memasing rasa lega. Muka yang berbedak kini berpeluh. Rasa penat menggalas beg yang berat. Dapat jugak naik time pukul 3:45 ktm akan bergerak. If kami terlepas,  kami kena tunggu untuk seterusnya punya stesen di mana kami akan bergerak pukul 4:15 macam itulah.( for those yang faham, boleh klik di jadual ktm ) .Bayangkan kalau dah gerak lambat, dekat Kl Sentral lagilah sesak.nak tunggu stesen lagi . Dengan orang balik kerja lagi di waktu puncak. Sampai dekat destinasi dah pukul berapa dah. Masa itu emas yaaa..


nasib baik sempat naik.


Semasa menunggu train yang kami naik nak bergerak, kami tengok ragam manusia dekat dalam itu. Terlebih ramai orang india berpakaian warna warni. Kali ini passenger lagi ramai daripada biasa sampai tak dapat tempat duduk. See, dekat Batu Caves baru je nak mulakan perjalanan. Dah ramai. Kalau kita turun dekat Kampung Batu jangan haraplah nak ada tempat duduk. Betul tak? . Semua yang terjadi ada hikmahnya. Hikmahnya kita dapat tempat duduk. Kita dapat pengalaman untuk tengok persiapan raya, cabaran untuk ke stesen and banyak jugaklah halangan menimpa. Inilah pengalaman first kami nak sampai ke stesen and nak naik train dengan banyak dugaan. Finally kami pulang ke destinasi masing2.

P/s : kalau tak faham apa yg Sya cerita, its okay. benda paling penting korang kena tahu adalah kami balik naik ktm...hahahahaaa😂



Sekian.

Saturday, 28 January 2017

Tya Aysya : La Darara wa la Dirar (Qawaid Al-Fiqhiyyah)




Assalamualaikum.


Today I want to share about a Legal Maxims – la darara wa la dirar .


Harm Shall Not Be Inflicted Nor Reciprocated (La Darara wa la Dirar)

General Meaning of the Maxim

This maxim is another maxim which governs many rulings of fiqh as it is a general maxim which indicates the importance to remove all kind of harm. This maxim is divided into two parts. The first part which is harm shall not be inflicted (la darar) indicates that all kinds of harm whether it involves individual, society, environment or any other things shall be avoided. The word harm in this maxim is general and it includes all kinds of harm. All necessary measures should be taken in order to prevent any kind of harm from happening. Whereas the second part (al-dirar) indicates that any harm that is inflicted should not be responded or revenged by inflicting another harm as this will add to the harm already inflicted and will cause or incur further harm.


 In this situation, the person upon whom harm is done, shall demand his right through the due process of law. For example if A damaged the property of B intentionally, B cannot under any circumstance damage the property of A in revenge, but he must get the compensation for the damages on his property from the court of law.

In addition, this maxim also means that it is obligatory for everyone to always strive to prevent harm before its occurrence through implementing precautionary measures. Likewise, it means that if any harm has occurred then all necessary measures should be taken to remove it or to lessen its destructive implication wherever possible.

The scholars have classified harm into two different categories:

    1.   Harm which is inflicted intentionally in order to cause damage. This kind of harm is definitely forbidden and the perpetrator shall bear the consequences of his action.
 
2.      Harm which is caused unintentionally without any intention to cause harm or damages to others. As an example, if a person burn something within the boundary of his property and suddenly the fire spreads to the neighbouring land and destroys the neighbour’s property. In this case the person who ignites the fire has to pay the damages but by doing so he is not committing a sin as the harm is done unintentionally.

Origins of the Maxim

The origin of this maxim is the saying of the Prophet (s.a.w) with the similar wording that is:
 
                                                                                                       لا ضـرر ولا ضـرار                        
         “Harm shall not be inflicted nor reciprocated”

Apart from this clear indication on this maxim, there are many verses of the Qur’an and other hadith that indicated the obligation to avoid any kind of harmful actions. One of the verse read:
 
                                                                                                .  وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
   And make not your own hands contribute to (your) destruction
                                                                                               (Al-Baqarah : 195)
 
Application of This Maxim

Many rulings of fiqh were derived by the jurists based on this maxim.
Among them:

1.      If the period of leasing an agricultural land ends before harvesting the crops, the land should remain in the hand of leaseholder with the payment of proportionate rent until the harvesting is completed. This is allowed in Islamic law, so as to avoid harm to the leaseholder for cutting the crops before its appropriate time.
 
2.      If anyone sells anything that could rots quickly, such as fruits, and the buyer disappears before the payment of the price and before receiving the sold items, the seller in this case is allowed to revoke the sale contract and sell the said item to another person, if he fears that the sold item will be spoiled. This is to prevent loss to the seller which will harm his business.
 
3.      Driving recklessly or beyond the stipulated speed limit on the highway which might lead to an accident is prohibited in Islam as it will cause harm to individuals and their property. Similarly a person is obliged to adhere to the traffic rules and regulation in order to prevent harm.

Brances of the Maxim

There are other maxims which are related to this maxim.
Among them:
1.      “Harm must be prevented wherever possible”
2.      “Greater harm must be prevented even at the expense of the lesser harm”

The first maxim means that all necessary must be taken to prevent any harm from happening. The second maxim indicates that in case there are two evils, the lesser evil can be committed in order to prevent the greater evil from occurring. In other words it is choosing the lesser of two evils or between two harmful things. Other branches of this maxims include:

1.      Harm is put to an end.
2.      A harm cannot be put an end to, by its like.
3.      To repel a public damage a private damage is preferred.
4.      When two wrongful acts meet, the remedy of the greater is sought by the doing of the less.
5.      The smaller of two harms is chosen.
6.      The repelling of mischief is preferred to the acquisition of benefits.
7.      Harm is repelled as far as possible.

Saturday, 14 January 2017

Tya Aysya : Aktiviti Social Services -Usrah Sem 2

                                                اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

            Bismillahirrahmanirrahim...

            Assalamualaikum semua.


        Hari ini Sya berasa sangat penat. Penat? Yesss.. Sya sangat penat sebab sepanjang hari ini Sya ada buat Social Services dengan member2 Sya.  Seronok ke? Fuhh..seronok tu seronok sangat babe. Social Services ni kita buat kerja di luar kelas which is berhadapan dengan orang awam untuk mem ‘promote’ sesuatu bahan atau meluahkan dan berkongsi idea oleh individu yang nak buat social services itulahh.. Ermm entahlah. Sya pun tak berapa faham sangat apa yang Sya cakapkan sebentar tadi. So korang faham2 jelah. Lebih kurang macam itulah situasinya. *garu kepala dan tersengih macam nak kena tampor*

Sebenarnya kami dari kelas Usrah dikehendaki membuat kerja luar @ social services arahan dari lecturer dan seangkatan darinya. Kena buat kalau tidak, masing2 kena halau dari tempat kami belajar. Heheee..takdelah sampai macam itu kann…haishhh Sya ni..kejamnya kau buat andaian macam itu.

Classmate dalam kelas dibahagikan kepada beberapa group and group kami terbahagi kepada 6 orang. So, kami diberi pilihan ke mana tempat untuk kami buat aktiviti itu nanti. So we all decide pilih Pasar Borong Selayang. Few of classmate buat muka “pasar? Takde tempat lain ke u all nak pergi? Pasar? Ahahahaaa” .pastu few of them gelak2. Woi salah ke kami pergi sana? Bukannya bawak korang pun. *maaf ter emosi sikit*  Because of what? Sebab entahlah. Dekat and nak tinjau2 kat pasar tu ada hapa. Sebab Sya and beberapa member group Sya x pernah pergi pasar tu. Ada jugak group classmate lain pergi tempat jejauh (tak perlu dinyatakan tempatnya). Takpelah. Yang jauh tulah Sya dah pernah pergi. Abaikan. Yang penting nak settle kan kerja social service nihh.


  So, jom kita layan sat moment2 social services kami.

          *bukak bungkusan air kotak tu macam nak kopak buah durian pulak*

        *susun susun susun dah siap…ada 100 beg untuk diberikan kepada orang awam*

                       *bergambar sat before mulakan operasi*

                                                 *dimulakan dengan Bismillahhh*

                              iya makcik, ambillah.sedikit sumbangan dari kami.”

 Ceritanya bermula dari sini, when member2 Sya parking je kereta and nak bukak bonet, seorang pakcik ni lalu so kitorg pon introduce lah pasal kolej kita and sumbang beg tu. pastu entah datang dari mana makcik yang kat atas ni approach kitorg. Maybe beliau fikir kami nak jual barang kot.hahahaahaaa..hat ni paling kelakaq. Bayangkanlah kami baru je bukak bonet pastu ada lagi orang serbu. Alang2 kitorg terus promote kat situ.

           *akak nihh antara orang yang paling sporting. Sebab beliau bagi nombor telefon and mintak whatsapp kpd nya mengenai kolej kami and bla3*

                                                       *abang2 ni dari UIA*


                       “ehh..ado ayaq dan makanan lahh..Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih ye dikkk”

            *khusyuk benor dengar penjelasan dari member Sya sorang nihhh*

            *sedapnyaaaa…..rasa lapar pulak. Tengah penat campur lapar campur dahaga*

          *sabarlah member, kerja tak siap lagi. Selagi tak habiskan 100 beg, selagi tu jangan rehat. Alahai kejamnyaaa..uhuk uhukk.*

            *my turn pulak. Lidah kelu sebab mulut nih jarang cakap kat orang. Sya  pendiam orangnyaa..ahakss *

 “ku relakan jiwaaaa..tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimuuu”..aishh. asal pulak keluar lagu nihh? Tak2..sebab beliau yang kerja rela pun dapat jugak tauuu*

adik nihh tak elok masyam2 tauu..meh kita amek gambar sekali.”


                       *pakcik nihh nak try pen yang kami beri.*

                             * model berpurdah *

         *bukan citizens je tau yang dapat, international pon dapat jugak tauuu…haaa…ni beg yang ke 99&100 . so, dah habislah kerja kamiii*

Actually banyak lagi moment2 kelakar and best time buat activity tadi. Selalu juga tengok student2 lain buat aktiviti sebegini di tempat awam. Ingat kan macam seronok je. Tapi bila turn kami buat, rasa cuak and nervous pada mulanya. well, its a first time and get a new experience.Tapi bila dah habis je social services nih, gembira tak terkata dan berasa amat puas. Suka melihat kegembiraan mereka setelah mendapat pemerhatian dan ditemu ramah oleh kami. Tak sangka juga mereka2 kat sini amat sporting orangnya dan tak terlalu sombong. Alhamdulillah and thanks to all of them yang telah membantu menjayakan social services kami. Ada je sesetengah orang yang tak beri kerjasama dengan kami, tapi tak pelah. Kami tak pernah ambil kisah pun. Yang penting kami gembiraa..😊💓


Sekian, Terima Kasih😙