ASSALAMUALAIKUM..
Bertemu kembali
setelah sekian lama Sya tidak meng-update blog.
Fuhh sekarang ini dah masuk bulan April. Means dah pertengahan
April dah pun. Sekejap nya lah tahun 2017 ni berjalan. Terimbau semula masa
Januari lalu di mana setiap orang meraikan tahun baharu dan memasang azam
baharu di mana setiap orang mahukan perubahan atau penambahan sesuatu perkara
dalam diri mereka.
Akan tetapi, di bulan April ini, sedang berjalankah azam anda itu? *muka senyum lebor*
Di sini Sya bukanlah nak cerita pasal azam, just nak remind you all
yang sememangnya tengah pasang niat nak berazam tu pada tahun ini.
Yelah kan, sekarang
dah nak masuk pertengahan tahun. Dan Sya dah melepasi 3 semester dan bermakna
lagi Sya berbaki 5 semester lagi nak habis belajar. Huhuhuuu~~ lamanya nak
habis weyhhhh… doakan Sya berjaya habiskan belajar ini tanpa sebarang
kesulitan yee.
Bila cerita Sya
belajar ini, Sya sekarang ini tengah cuti sem. Cuti di semester yang ketiga.
Student2 tempat Sya belajar ni paling lama cuti pun hanya sebulan sahaja. Tidak
seperti di UITM di mana kalau student UITM cuti sem memang paling heaven lahhh.
Paling lama yang Sya tahu dalam 5-6 bulan student UITM ni cuti setiap sem.
Betul kot. Kalau tersilap tegur Sya yee.. Dalam tempoh cuti sem
yang begitu lama itu bolehlah cari duit poket sikit ennn..
Tapi malangnya, Sya bukan student UITM. * buat muka sedih.huk hukkk *
CUTI SEMESTER KALI INI AMAT SINGKAT
1. Tidak puas hati cuti semester yang diberikan tidak mencukupi?
2. Mahu bersuara kepada pihak atasan atas sebab cuti semester yang
diberikan terlalu singkat?
3. Tidak sempat mencari duit poket antara faktor bilangan hari cuti
semester.
Ha, dekat atas inilah tajuk
dan point nya yang Sya nak bahaskan kali ini. Tapi setiap point yang ada dekat
atas itu bukanlah perkara yang Sya nak mengadu dan merasakan ketidakpuasan
hati. Sya okey je if pihak kolej or IPT nak berikan berapa hari nak cuti sem
ini. Sya bukannya jenis orang yang bila dapat tahu cuti sem ini gini gini
gini…and then kau mulalah nak “apa? Sekejapnya cuti sem.” “kolej nih tak
patut betullah” “hish tak sempat aku nak set date yang sesuai nak hangout ngan
member lama nih. Diorang pun cuti sem tak sama dengan aku.”
No no no.. bagi Sya apa
yang pihak IPT tetapkan itu untuk kebaikan kita semuaa.. dia bagi kita cuti
sekejap ke lama ke kita terima jelah. Kata nak cepat habis belajar!!! Ha, amek
kau. Dah, takyah nak bebel-bebel lagi. Moh kita baca diary Sya sepanjang cuti
sem dia nihh. *alorhh dia ni pon nak jugak diary? Huhhh..layan jelaa*
DIARY SYA
Sudah baca ke keratan di atas? Atas itu just intro sahaja. Yess..
diary Sya ini ada related dengan cuti semester. Biasanya kalau di long sem,
kami diberi antara 2-3 minggu sahaja untuk cuti semester. Kali ini pada
semester yang ketiga ini kami cuti hanya 2 minggu sahaja. Remind again. 2
minggu okeyh.
Aktiviti Sya cuti sem ini adalah:-
Minggu pertama: join kawad kaki selama 6 hari
Minggu kedua : duduk
rumah diam-diam and putihkan balik muka yang
hitam itu sebab
next week dah masuk sem baru.
*ouhh that’s why lah kau tak berapa
puas hati ehhh..nak bangkitkan isu cuti sem nihh? Tulahh dah tahu kenapa nak
jugak masuk kem tu?*
Haishhh..yelah. bukan
Sya tak puas hati pasal cuti tapi tak tahu pula muka dah jadi burn gila lepas
masuk kem itu. Ingatkan burn yang biasa je and boleh hilang dalam masa 3-4 hari
cenggitu. Bila dirujuk pada pakar perawatan, *ceh pakar perawatan lah sangat
padahal kau tanya member2 kau yang satu kem tu and tanya kat family. Acah je
jumpa pakar * kalau nak hilang burn
yang sebetulnya kena ambil masa sebulan tahu tak?
Sebulan wehh..and you
feel annoying. Kau cuti seminggu je if nak betul2 hilangkan burn di muka ini.
Alorrrhhh.. nak ke tak nak kena jugak lah pakai mask dekat kolej nanti.mesti
malu dowhhh..okey saya downn…
Tu je Sya nak luahkan dekat korang..hukhukhukkkkk…
1 April – 6 April 2017
Actually Sya join kem asas RELA yang dianjurkan oleh dari kolej
Sya. Di bawah adalah detailnya:
·
Akademi
Latihan RELA Malaysia (ALARM) di Sungai Udang, Melaka.
·
Siri
5/ 2017
·
Batch
dari Wilayah Persekutuan
·
Geng-geng
Relawati and dari platun 4.
·
Peserta
seramai 186 orang.
“kenapa kau join kem ? bukan kem kawad dengan kau bagaikan musuh
ke?time sekolah menengah dulu bila ada kawad kaki kau lari.”
“kau kan manja, kuat nangis, badan sado tapi hati tak kental. Tak
takut ke kalau kau kena herdik dengan diorang dekat sana?”
“macam tak caya kau nak masuk kem. Inikah aysya yang aku kenal?”
Itu antara persepsi
orang terhadap aku lagi-lagi my brother yang asyik buat muka bila tahu hakak
dia nih nak join kem. Ingat dia seorang je ke yang bisa masuk camping ini? Tahulah
dia aktif radioaktif dengan camping ini and banyak kali jadi wakil daerah.
Hehehee relakslahh dengan hakak sendiri kau nak jealous kee?
Berbalik pada cerita asal, aku ingat kalau masuk kem RELA ni macam
kem2 lain. Ada panjat tembok, berenang dalam lumpur, flying fox. (Ehhh
flying fox ada ke dalam kem lain? Kalau ada share kat Sya sat) maksud aku
jenis kem yang macam PLKN tu dimana setiap ahli kenalah aktif dan lasak.
Rupanya sangkaan aku meleset.
Di sana, no aktiviti
sebegitu okayyy. Just aktiviti kawad kaki and menembak guna senapang patah.
Patutlah tak berapa berat sangat aktivitinya sebab ini namanya kem latihan asas
and yang join pon mostly warga-warga belia include auntie auntie and uncle.
Memang terseksa lah kalau orang seperti mereka dipaksa untuk memanjat tembok
and lari bawa beban. Kalau ada tu memanglah ada tapi aku tak sanggup tengok
mereka dipaksa sebegitu. * ceh. Ke kau yang tak sanggup nak buat macam itu?
* = )




akak2 yang tak pkai baju seragam tu dh pernah join kem ni. so diorang nak kami try rasa apa itu kem. diorang ni pro tau bab kem ni. katanya best giler.
Punyalah aku bawak baju
banyak-banyak siap bawak baju kasual lagi haa amek kau. Bila sampai di sana
kami diberikan baju and seluar untuk dipinjam sepanjang program di sana. Tapi
adalah jugak pakai baju sendiri for hari malam and malam mudi.


sesi pendaftaran. tak payah bayar pon just bagi ic je sbb nanti kau kena dera ke apa, kau tak boleh keluar daripada tempat ini. Hahahahahaaa. yang pakai spec tu pakcik Karim namanya. sure ahli2 yang join rela mesti kenal dgn dia. mesti tahu gila perangai dia bila trainer orang.
Jurulatih-jurulatih dan
pegawai-pegawai dekat sana okay je bagi aku. Okay? Okay yang macam mana itu?
Well, as usual okay gila kegarangannya and always shouting time program. Adat
dalam kem, mestilah trainer ada yang garang and strict kalau tidak itu bukannya
nama kem wehhh. But alhamdulillah aku tak pernah kena marah kena maki kena
perli itu. Sometimes aku takut juga kalaulah aku kena marah dengan trainer
depan diorang, macam aku cakap dekat atas tuh, hati waa tak kental beb. Mahunya
aku nak menangis nanti kang dah kecoh. Keadaan bukan nak menyelesaikan tapi
merumitkan. Entah2 lagi kena hentam teruk dengan trainer. Hisy naya aku.
Tapi itulah, aku kalau
kena tegur pun time kawad yang part nak tabik hormat itu. Jari aku terlalu
lembut and bengkok and then trainer tu betulkan and cakap “jari itu tak
payah nak lembut sangat!!!” nak buat macam mana, dah jari waaa macam ini. Time ini even kena tegur pun rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baiklah kau tak kena gertak depan-depan.
Aktiviti yang tak boleh
lupa bila guna real short gun. Time nak angkat itu punyalah berat MashaAllah.
Tengok dalam filem macam biasa je orang itu angkat. Memang best wehh bila kau
dapat tembak guna peluru hidup. Terasa umpphhhh bila kau dah lepaskan das
tembakan. Kami hanya diberikan 5 peluru sahaja bermakna kami dapat tembak lima
kali. Haaa gituu~~~
My experience time nak
tembak itu, firstly memang nervous. Dekat situ dia buat 12 line bermakna 12
orang akan shoot together and diiringi oleh trainer. And bila my turn pula,
bila dah dapat pegang senapang dah lupa diri and nervous itu hilang sat. Paling
bangang abadi bila aku tembak dekat sasaran rumah lain. Perghh banyak lah point
aku hilang dowhh. Itupun trainer yang tegur ke mana peluru aku pergi. Rupanya
pergi ke rumah orang!!! Nampak tak bila kau dah overexcited itu macam mana?
Haishh kau ini…
Bila dah lepas tembak,
dia punya sakit dekat lengan itu memang terasa beb. Aku yang ‘sado’ ini pun
boleh rasa sakit apatah lagi yang kurus-kurus and makcik pakcik itu. Effect
lepas tembak itu after a day, dekat lengan yang kita pakai untuk menahan
senapang itu akan ada lebam merah and ada jugak yang biru. Sebab kita baru
first time try jadi macam itu. Kalau yang permanent join ini, itu sudah biasa
bagi mereka.
Part paling last ialah
kawad kaki. Haa siapa yang tidak kental jangan masuk beb. Berpanas, berpeluh,
berdiri tegak selama mana kau mampu itu sudah menjadi ‘best friend’ dalam kawad
kaki ini. Kami berlatih hanya dalam 3 hari, raptai sekali dua and hari
perasmian. Time perasmian sedang kami dalam padang kawad, kami dapat merasakan
hujan and then panas mula membahang diri masing-masing. Sedang dato’ seri and
tuan yang berhormat berucap, ada 2 orang yang pengsan. Nampak tak begitu
kentalnya bila nak masuk kawad ini, kena sanggup berdiri tegak lamanya and
membiarkan tubuh anda ditusuk oleh cahaya matahari yang begitu menyinar.
“makanan kat sana okay tak? Or kena beli sendiri?”
Cerita pasal makanan ini kan, memang tip top bagi Sya. Dekat sana,
makanan free tauu.. dalam sehari itu dalam 6 kali kau disediakan
makanan.
Berikut adalah jadual pemakanan:-
i.
7:30
a.m : sarapan pagi (like bihun goreng)
ii.
10:30
a.m : minum pagi ( kuih muih and air panas)
iii.
12:50
p.m : makan tengahari ( makanan berlauk)
iv.
16:00
p.m : minum petang ( kuih muih and air panas)
v.
18:50
p.m : makan malam
vi.
23:30
p.m : minum malam ( roti and air panas)
*tertakluk kepada perubahan masa.
See, siap lagi buat
jadual makan tauuu.. makanan semua disediakan. Bila dah selesai makan itu,
pandai-pandailah basuh pinggan sendiri. Ini bertujuan untuk melatih seseorang
itu menjadi lebih berdisiplin okay. Ada je kedai koperasi di sana tapi menurut
pemerhatian Sya, diorang ini prefer beli maggi cup malam2.
“pandangan terhadap manusia-manusia se- batch dalam kem?”
Apa yang Sya nak
cakap di sini adalah semua orang yang satu batch dengan Sya ini okey je. First
time bila masuk ke dalam asrama, Sya duduk katil sebelah minah ini. Tengok dia
macam arrogant je. Kebetulan plug utama ada dekat tempat dia. Sya pulak memang
bawak extension ( yang boleh guna sampai 3 atau 4 kabel itu) nak tegur dia
memang takutnya alahaii. Dia duduk diam sendirian lepas itu layan telefon
sekejap pastu pulak tidur. Sya dengan member2 Sya (yepp Sya pergi dengan member
sekolej ) memang serba salah nak tegur dia nak masukkan extension Sya dekat
plug itu.
And lepas situation itu
kita orang pun bertegur. Her name is Syamimi Husna. Sedap nama tuhh.. dia
panggil Sya dengan panggilan montel . *awat manja sangat nama tuhh?
Hahaaa* kami pun berkenalan lah and
berborak sampai semua orang dalam asrama itu dibuai mimpi.
*hai Syamimi! Kalau baca blog ini, jangan lupa montel tau. Ingat ye
montel yang tidur sebelah katil dengan mimi*
Pasal kaum lelaki pula,
haa bab inilah Sya malas nak ambil tahu. Kaum lelaki yang baya-baya dengan Sya
ini and mungkin most of them ada yang dah kerja atau still sambung belajar
sibuk sahaja meng usha- usha perempuan. Menggatal sungguh. Ada juga antara
mereka ada seorang ini mengganggu kawan satu kolej Sya. Hish kalau dekat
sekolah juvana dah lama Sya tumbuk muka dia tak padan dengan botaknya *yess..lelaki
yang nak join RELA ini wajib botak kepala okay. Nasib baiklah Sya tak terpikat
langsung dengan dia orang. Sebab apa? Sebab Sya tak suka lelaki botak. Cehhh kauuu*
Perempuan pun sama sahaja. Kalau
tidak melayan and setakat nak pergi kem macam gini pun nak tergedik sana
tergedik sini bermekap lawa memang kau jadi perhatian di mata lelaki lahh.
Tapi Sya tak salahkan
semua lelaki and perempuan yang perangai macam itu. *ehh dahlahh. Janganlah
marah Sya. Tak puas hati, pm jom* Ada
je yang baik contohnya pakcik-pakcik and uncle yang akan tolong and layan kami
sebagai relawati dengan baik and all together bekerjasama menjayakan program
ini dengan baik.
And for your
information, PU Taha pun join sekali RELA ini tahuu.. memang tak cam langsung
muka beliau sebab kali ini beliau botak dan ber spec mata. Sepanjang program
ini, beliaulah yang mengimamkan solat dan memberi sedikit tazkirah kepada
muslimin dan muslimat.
Rasanya sampai sini sahaja
Sya story dekat you all. Actually banyak
sangat benda yang menarik di sana tapi itulah. Rasa macam nak buat video trip
vacation di kem asas RELA ini. Hahahaaaa..Yeahhh perasaan time habis kem asas
RELA ini memang sedih jugaklahh. Teringat bila time first day masuk cepat-cepat
hati memberontak ingin mahu pulang. Tapi bila di last day, nak tinggalkan
mereka yang kita baru kenal pun rasa macam sayang.
aktiviti malam kebudayaan
sesi belajar roles and responsibilities ahli rela
Inshaallah ada masa kita jumpa lagi .
Sebelum berpisah, jom layan gambar2 kami di sana. Disebabkan Sya tidak melekat dengan phone sepanjang program, Sya repost balik gambar2 ini dari mereka di group whatsapp.
tak ingat yg depan ni siapa nama. hahaha aku main masuk je
nampak tak tanda2 kulit nak rosak?
kami wakil dari iic bergambar sat dengan pakcik Karim. semua suka dengan pakcik ni walaupun perangai dia yang suka memaki mencarut orang
Relawati.....
gambar full ahli Rela dengan lelaki semua takde babe. sorry...
gambar full ahli Rela dengan lelaki semua takde babe. sorry...
So, kita masuk kolej balik dengan muka hitam berbelang yeeee
P/s: ayah marah and tak bagi masuk kem lagi dah since muka dah macam Dayang Senandung and paling lambat nak putih balik. Paling best sepanjang 6 hari berat Sya turun 3 kg
=')