Hello guys,
Sekarang ini
dah masuk bulan Februari. Sekejapnya masa berlalu kan?
Kalau last
bulan January hari itu ada sambutan Tahun Baru Cina, bulan February ini pula
ada lagi sambutan iaitu Hari Thaipusam. Kalau dah namanya sambutan atau cuti peristiwa,
mesti semua orang nak cuti. Betul tak? Hahaha . iya, pekerja mahupun pelajar
mesti mahu cuti punyaaaaa.
Sebenarnya
Sya nak cerita pasal Hari Thaipusam ini jee. Cerita bagaimana kami mahu pulang
ke kampung halaman dari Batu Caves. Tak panjang pun cerita ini. Sekadar nak
share je . Kalau tak nak baca, anda semua dipersilakan untuk undo page ini.😔
Alkisahnya
begini, Sya dan dua orang kawan Sya ini dah decide dari awal lagi nak balik ke
kampong halaman masing2 sempena Thaipusam ini. Hari Thaipusam pada hari Khamis
bertarikh 9 February 2017. Kami decide
punyalah bagus dan plan dengan baik beserta simpan duit untuk tambang balik
secukupnya.
Hari Rabu- 8
February 2017
Kelas kami
biasanya akan habis pada pukul 3:30 petang. Train dari Batu Caves dijadualkan
akan bertolak pada pukul 3:45 petang. So pada hari ini kelas Sya diberi keluar awal. Keluar dalam
pukul 2:40 macam itulah. Kami dalam
kelas dengan lecture hanya bincang pasal presentation sahaja. Alhamdulillah.
Allah permudahkan urusan kito. Kami ada masa lebih kurang sejam train nak
bergerak. So bila kami terus sampai di rumah, ( kami duduk di rumah sewa Taman
Koperasi Polis) kita orang bincang nak gerak ke sana time train akan bergerak
pada pukul 3:00 atau 3:45 petang. (Lupa nak habaq sikit, jadual ktm gerak
setiap 45 minit. Lebih kurang macam itulah. Tertakluk kepada perubahan masa.)
Pulak dah. Nak balik pukul 3:00 kahh? Takpayahlah. Tengok jam dah pukul 2:47
petang. Teringat kata2 lecture dekat kelas tadi bahawa beliau dari perjalanan
nak ke kolej jammed sampai 2 jam. Gara 2 persiapan Thaipusam. Maknanya kami
kena jugak pergi awal walau apa pun yang terjadi. Sementara tunggu member
sorang nih booking grab car, kita orang siap2 sikit packing barang. Nasib baik
dah pack pagi2 buta lagi. Kalau baru nak pack lepaih habih kelas memang
menangislah kauu.
Grab car
sudah sampai!🚗
Sya and
member2 naik grab car untuk ke ktm Batu Caves lahh. Tambang mengikut demand
semasa. Kami naik kena bayar RM 5. Rasa sudah lega bila grab car senang dapat.
Alhamdulillah Allah permudahkan lagi urusan kami. Dalam perjalanan, sampai
sahaja susur keluar nak ke stesen ktm itu (kiranya nak ke seberang lah sebab
stesen ktm lepas traffic light) perggh memang jammed gila. Gila tak gila memang
sesak dan banyak anggota polis yang jaga jalan. Ditambah lagi bas 2 rapid kl
yang dikhaskan untuk penumpang2 yang nak sambut Thaipusam itu. Tengok dekat
depan itu laluan ditutup. Kalau korang semua tahu kami lalu kat Taman
Perindustrian Batu Caves. So kiranya kena straight jela tapi kena susur ke kiri
sedikit nak masuk laluan stesen ktm itu. Disebabkan situ laluan ditutup, kami
terpaksa lalu highway nak pusing balik kena lalu belakang stesen ktm.
Jalan memang
jammed and kena lalu dekat round board. Tengok waze grab car tu dalam 16 minit
akan sampai. Pergh . Kami dahlah nak kena kejar masa. Satu lagi dok risau takut
jumlah tambang di up kan. Jalan.. Jalan.. Jalann.. Dah sampai dekat stesen ktm
Batu Caves. (Yang jalan belakang kami lalu sebab kami lalu jalan dari Selayang) Nasib baik abang grab car mintak RM 5 sahaja.
Selesai
bayar tambang, turun dari kereta kami terus nak naik jejantas ktm. Tiba2 laluan
kami disekat oleh polis yang jaga jalan kat situ.
Polis: “sini
tak boleh lalu dekat atas nih. Kamu semua jalan depan sikit dekat sana pastu
ada pagar masuk je kat sana.”
Dah sudah…
kiranya semua urusan itu dekat sebelah dpan. Nak ke tak nak kenalah juga pusing
ke sana jalan kaki dengan memasing bawak beg besar. Alahai. Kami di uji lagi.
Jalan sana tutup,jalan sini tutup.aishhh..😼
kami lalu di sini nak menyeberang ke bahagian depan. uhuk uhukkkk
Suasana dekat situ meriah gila
dengan persiapan raya. Dengan banyak gerai and mereka memakai baju baru. Hm
baru lah itu. Nampak berseri je muka mereka. Otw nak ke stesen member Sya
cakap, “kalau tahu macam ini, baik kita turun je dekat ktm Kampung Batu.” Hmm tulah pasalnya, memang tak tahu jadi
begini.
abaikan manusia ini.😁
Alhamdulillah
sempat beli tiket and dapat tempat duduk. Memasing rasa lega. Muka yang
berbedak kini berpeluh. Rasa penat menggalas beg yang berat. Dapat jugak naik
time pukul 3:45 ktm akan bergerak. If kami terlepas, kami kena tunggu untuk seterusnya punya
stesen di mana kami akan bergerak pukul 4:15 macam itulah.( for those yang faham, boleh klik di jadual ktm ) .Bayangkan kalau dah gerak lambat, dekat Kl Sentral
lagilah sesak.nak tunggu stesen lagi . Dengan orang balik kerja lagi di waktu
puncak. Sampai dekat destinasi dah pukul berapa dah. Masa itu emas yaaa..
nasib baik sempat naik.
Semasa
menunggu train yang kami naik nak bergerak, kami tengok ragam manusia dekat
dalam itu. Terlebih ramai orang india berpakaian warna warni. Kali ini
passenger lagi ramai daripada biasa sampai tak dapat tempat duduk. See, dekat
Batu Caves baru je nak mulakan perjalanan. Dah ramai. Kalau kita turun dekat
Kampung Batu jangan haraplah nak ada tempat duduk. Betul tak? . Semua yang
terjadi ada hikmahnya. Hikmahnya kita dapat tempat duduk. Kita dapat pengalaman
untuk tengok persiapan raya, cabaran untuk ke stesen and banyak jugaklah
halangan menimpa. Inilah pengalaman first kami nak sampai ke stesen and nak
naik train dengan banyak dugaan. Finally kami pulang ke destinasi masing2.
P/s : kalau tak faham apa yg Sya cerita, its okay. benda paling penting korang kena tahu adalah kami balik naik ktm...hahahahaaa😂
Sekian.