Tuesday, 11 June 2019

Tya Aysya: Kisah Syawal

Hai, Salam Syawal.

Sekejapnya hari ni dah masuk 7 Syawal 1440H


How were your Raya? Enjoy tak dengan family and sanak saudara?

Raya raya juga tetapi ibadah Ramadhan yang lalu jangan dilupakan.

Mana yang rasa Ramadhan yang kali ini lebih baik daripada sebelumnya diharapkan istiqomah untuk next Ramadhan (inshaAllah dengan izin-Nya). 

Mana yang jaga makan time Ramadhan tu tolong maintain ke hari berikutnya. Bukan apa, bila perut dah berehat sepanjang Ramadhan tetiba di pagi Syawal mulalah dimasukkan segala ketupat palasnya, campuran kuih raya belum lagi dengan air gas dan manis. Mahunya perut tu terkejut. Lepas tu second raya kena pergi klinik. Hahahaa aku dah pernah kena selalu terjadi di bulan Syawal. Dah jadi rutin. Tetapi tahun ni tidak terjadi pada diriku sebab aku demam campur selesema campur tolak bahagi darab sakit tekaknya so aku jaga makan sikit. Alhamdulillah 3 Syawal berat aku dah turun sikit. Time tu jela 👅

    Aku nak share sikit kisah ni terjadi dalam family aku. Aku selalu baca story, tengok drama dekat tv berkenaan kisah anak lupakan orang tuanya. Tapi cerita tersebut betul-betul dilihat oleh mata aku sendiri.

Biasalah, dah jalan beraya rumah saudara-mara semua, kami pergilah berkunjung saudara sebelah ayah aku pula. Katanya nak mai rumah makcik nya. Iyalah, kami sebenarnya tidak berapa kenal sangat sebab makcik ini wife kepada arwah pakcik ayah aku. Diibaratkan sudah wajib ada dalam jadual perayaan kami beraya sejak dari kecil lagi jadinya kami sudah tahu di mana turn beraya rumah saudara yang mana satu.

Kami sudah sampai ke rumah makcik ayah. (So aku panggil nenek ya) Semasa keluar dari kereta aku melihat ayah mengeluarkan sedikit wang siap2. Ye aku faham dan tidak cakap apa2 walaupun mulut aku ni kepoh sikit. Aku lihat rumahnya seperti rumah kampung lama yang sederhana besar (imagine ada dua tingkat. Yang bahagian atas untuk ruang tetamu dan bilik. Bahagian bawah terus sambung ke ruang kecil dan terus ke bahagian belakanglah dapur etc)

Disebabkan ruang tamu pintu depan tidak dibuka kami terus ke belakang. Kelihatan kucing berada dalam sangkar. Sekurang-kurangnya nenek tidak kesunyian bila di rumah. Setelah dijemput masuk dan layan diri sambil makan kuih-raya, ayah aku borak-borak dengan nenek dalam bahasa jawa. Yang aku dengar jela walaupun tak faham sambil makan kuih raya. Mom dengan siblings buat hal sendiri. Rumah nenek takde tv tau, nenek tak bosan ke? Telefon pon mesti tak ada. Ruang tamu bahagian tingkat atas berhabuk maybe nenek banyak bergerak di bahagian bawah saja. Tandas dan dapur bersih saja. Kemas je dalam rumah nenek ni sebenarnya.

Tengah-tengah bual tiba-tiba nenek itu luahkan isi hatinya terpendam dengan anak2 dia. Aku ini even tak faham sangat apa yang diorang cakap adalah sikit-sikit aku tahu. Dah mulalah ini dengan drama air mata. Aku tengok nenek ini dah mula menangis. Ayah pula berusaha nak pujuk and melihat sayu. Aku takleh tengok orang nangis aku pun macam nak nangis. Disebabkan aku demam and selesema time ni, aku duk sedut-sedut hingus (takdelah obvious sgt). Nasib tak faham apa yang diorang bualkan. Kalau aku faham 100% mmg aku dah potong bawang dekat situ.

Nenek ni ada anak. Tetapi anak2 nya langsung tak balik beraya dengan nenek. Katanya ikut telunjuk wife supaya jangan balik rumah nenek. Senang cakap tunduk pada arahan bini lah. Tak silap aku anak2 nenek semua lelaki. Tak payah nak tanya last anak2 dia jenguk nenek bila. Itu aku tak tahu. Dari aku kecil lagi, bila tiap kali datang raya je dari arwah suami nenek hidup sampai dah meninggal beberapa tahun yang lalu and kini nenek keseorangan tanpa dilawat oleh anak2 sendiri. Nasib baik nenek ni ada anak angkat yang dibela dari kecil, adalah jugak orang nak jenguk2 nenek ni. Anak angkat  nenek pon duduk tak jauh sangat tapi still dalam kampung tu jugak. See...mana darah daging nenek ini sendiri pergi? Kerasukkan apakah kau sampaikan tak nak jenguk orang tua walaupun setahun sekali? Aku tengok nenek ni dah tua. Bukannya kuat sangat kudratnya nak angkat barang.

Mujurlah depan sedikit rumah nenek ada rumah orang. Itupun saudara ayah juga and adik-beradik dengan arwah suami nenek. Sometimes diorang dengan orang2 luar yang hulurkan wang dengan barang2 keperluan dekat nenek.

Kau lepaskan tanggungjawab kau sebagai anak dah BERDOSA,
Kau tidak menjenguk orang tua sudah BERDOSA,
Kau biarkan orang tua menangis sebab kau lagi sudah BERDOSA.

Dalam surah Luqman ayat 14 & 15 :

14. “Dan Kami telah perintahkan manusia supaya berbakti kepada dua orang tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat
kembali.”
15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini, dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”

Luqman juga mengatakan Allah adalah tempat kembali. Ayat ini menunjukkan bahawa walaupun ibu bapa harus ditaati tetapi yang lebih utama adalah Allah. Bersyukur kepada Allah kerana Allah pemberi segala nikmat.

Mungkin kau tak letakkan nenek ni di rumah orang tua is lebih better daripada biarkan sendirian di rumah. Tapi bagi aku salah bro. Kebajikan dia tak dijaga oleh anak2 sendiri even ada orang lain yang boleh tengok2 kan nenek ni. Sekarang ni nenek boleh lagi bergerak kalau dah tak terbaring nanti siapa lah nak tengokkan nenek. Sedih tau. Kecik2 dia boleh layan kau tetapi bila korang dah besar dah kahwin kenapa buat macam tu dekat dia?

Time nak balik and bersalaman, ayah menghulurkan sedikit sumbangan yang aku nampak time keluar dari kereta tadi kepada nenek. Nenek seolah-olah mahu mengucapkan terima kasih dengan perasaan sebak. Then nenek minta tunggu sekejap and masuk ke bilik. Biasanya kalau nk minta tunggu mesti nak bagi duit raya kan? Heeee jahatnya aku. Aku dalam hati 'tak payah nak bagi duit raya nenek. Nenek lebih perlukan duit itu. Itu kan sumbangan diberikan untuk nenek juga'.

Memang benar. nenek keluar dari bilik dan menghulurkan duit raya kepada aku dan siblings. Aku rasa macam nak nangis je. Nilainya boleh dikira mcm untuk diberi saudara rapatlah. Kan aku kata nenek lagi berhak untuk duit itu. Kami datang cuma nak menziarahi saja. My mom hold tangan nenek to say thank you sambil doakan nenek panjang umur and jaga diri. Kitorang pun berterima kasih dan doakan nenek.

*********************************************************************

Aku tanya dekat mom "Mom tak sedih ke tengok nenek tadi. Mcm biasa je sha tengok". Then mom ckplah "dah banyaklah drama2 dekat tv tu. Nanti mom pon mcm nenek tu jugaklah. Korang semua manalah nak tengok mom lagi time tu". Allahu awal2 lagi my mom said like that. Aku tahu mom saja je cakap lagu tu. Time lawat nenek tadi my mom lagak mcm biasa je padahal dalam hati...hati seorang ibu kita tak tahu nak describe mcm mana. Yelah aku tak kahwin lagi maybe lebih dari itu perasaannya.

Aku tak cakap yang aku ni baik. Nasib kita akan datang tak tahu bagaimana. Ada ramai anak tapi tak reti jaga orang tua lagi teruk. Semoga apa yang kita lihat boleh dijadikan iktibar. Sesiapa yang membaca post ini, jauhkanlah diri untuk jadi anak derhaka. Andai aku terpesong tolonglah tegur aku semula. Kepada Allah juga kita akan cari nanti.

p/s: semoga kita bertemu lagi raya akan datang. Doakan nenek dan kami panjang umur supaya dapat ketemu lagi pada raya tahun depan. ❤